Disoal Mengenai Sediakan ‘Bodyguard’ Untuk Anak-Anak, Ini Komen Datuk Siti Nurhaliza

Disoal Mengenai Sediakan ‘Bodyguard’ Untuk Anak-Anak, Ini Komen Datuk Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, belum lagi terfikir untuk menyediakan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ untuk kedua-dua orang anaknya iaitu, Siti Aafiyah Khalid, 4. dan Muhammad Afwa Khalid, 1.

Siti juga berkata, buat masa ini masih belum ada sebarang kata putus namun semuanya bergantung sepenuhnya kepada persetujuan dan keizinan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

” Setakat ini, belum lagilah (menyediakan pengawal peribadi untuk anak-anak). Saya serahkan semuanya kepada suami ”

” Saya pu tidaklah menggunakan ‘bodyguard’ sepanjang masa, cuma dalam acara tertentu saja untuk menjaga keselamatan ketika mengadakan persembahan. Kalau biasa-biasa itu tak ada, ” Ujarnya ketika ditemui di sidang media sempena persembahan istimewa, Queen Of The Night di Menara Berkembar Petromas, KLCC, Jalan Ampang di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Berbicara juga mengenai persembahan itu, Siti berkata, dia teruja untuk menghiburkan kira-kira 450 orang peminatnya dalam kalangan Keluarga Malaysia, B40 yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan anak yaim.

” Saya bersyukur semua jualan meja dibuat untuk persembahan ini sudah dibeli oleh Yayasan Metamorphosis untuk kongsikan dengan golongan B40 terpilih yang mungkin terpilih yang mungkin sudah lama teringin menyaksikan persembahan saya.

” Saya akan berusaha memberikan persembahan yang terbaik untuk menghiburkan mereka yang menjadi penonton istimewa saya pada malam itu nanti. Saya akan menyanyikan sebanyak 15 buah lagu yang berkisarkan tentang wanita dan inspirasi dalam tempoh 90 minit persembahan. ” Katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Persembahan Queen Of The Night Siti Nurhaliza itu akan berlangsung pada tanggal 6 Ogos ini di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, di sini pada jam 7 malam yang dibawah pemganjur projek, Be De Paris.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Razalif Mohamad Zain berkata, dia sudah lama memikirkan untuk membawa Siti menjayakan projel istimewa itu bagi menghiburkan golongan B40.

Katanya, Siti adalah penghibur terkenal dan nombor satu negara. Jadi, sudah semestinya ramai dalam kalangan rakyat di  negara ini teringin dan mempunyai impian untuk menyaksikan persembahan beliau namun ada juga yang kurang berkemampuan.

” Justeru itu, sebagai memastikan ‘dream come true’ buat golongan berpendapatan rendah B40, maka kami dari Yayasan Metamorphosis sentiasa mencari peluang dengan jalinan kerjasama menarik dan istimewa bersama Siti ini ” Katanya

Sumber: b.cari


Leave a Reply

Your email address will not be published.